top of page

Perusahaan perniagaan adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kemiskinan melalui penyediaan kerja dan penghasilan pendapatan. B4T cuba mewujudkan perkongsian antara ahli perniagaan dan usahawan bagi memulakan perniagaan yang menguntungkan dan mampan di kalangan masyarakat Peribumi yang memerlukan perubahan sosial, ekonomi, persekitaran dan kerohanian. Perkongsian ilmu dan kejayaan diharap untuk menggalakkan lebih ramai dari kalangan  ahli perniagaan profesional untuk terlibat dalam usaha bagi kesan yang lebih besar

 

 RAYMOND YAP

  • Pengasas bersama B4T.org, satu inisiatif OM untuk menggerakkan ahli-ahli perniagaan kepada misi

  • Pengerusi Lembaga OM Malaysia selama 15 tahun

  • 30 tahun pengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif global sebuah syarikat multinasional

 

TERAS UTAMA #1

KEUSAHAWANAN UNTUK TRANSFORMASI (B4T)

ALEX ALI BASAH

  • Pengurus bersama dalam firma undang-undang, Ali Basah dan Partners, yang berpengkalan di Bintulu

  • Sangat berminat mengenai hak-hak tanah dan muzik

 

Tanah adalah aset yang paling penting kerana masyarakat luar bandar bergantung kepada pertanian sebagai mata pencarian utama mereka. Dengan pemahaman ini, Teras kritikal(Teras Utama 3) ini meneliti perlindungan hak-hak tanah Peribumi, dan merumuskan usaha reformasi tanah untuk memastikan hak setiap keluarga untuk tanah yang  mereka duduki dan usahakan adalah selamat dan dilindungi.

 

TERAS UTAMA  #3 : HAK-HAK TANAH.

TERAS UTAMA DAN PEMIMPIN TERAS 

 

LEE HWOK AUN

  • Pensyarah Kanan – Ketua Jabatan Ilmu Pembangunan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

  • Bidang Penyelidikan – Tindakan Afirmatif, ketidaksamaan, buruh, polisi sosial, diskriminasi dan pendidikan

 

Kepentingan Bidang Penyelidikan tidak boleh dipandang rendah. Melalui teras ini, mereka yang cekap menganalisa dan mempunyai minda inovatif dapat mengenalpasti infomasi yang penting yang boleh membantu dalam aktiviti pemetaan dan pengutamaan.

TERAS UTAMA #4: PENYELIDIKAN SOSIOEKONOMI

WONG YOUNG SOON

•Pengarah Eksekutif – Malaysian CARE

•Berkerja dengan golongan Orang Asli sejak 1992

Teras ini meneroka cara-cara mempercepatkan pembangunan ekonomi luar bandar melalui pembangunan perusahaan mikro dengan perkembangan integrasi perkebunan, jalinan pengedaran dan melalui korporasi.

 

.

TERAS UTAMA #5: PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

MARGARET LOY 

  • Seorang peguam

  • Pengarah Community Excel Services

  • Berkerinduan melihat penyebaran dan pengamalan injil yang holistik

 

TERAS UTAMA #6 : PEMBASMIAN KEMISKINAN DALAM BANDAR.

Berikutan keadaan golongan miskin dalam bandar yang tidak bertuankan sebarang tanah, ditambahkan lagi dengan perancakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke dalam bandar, kerumitan dalam pencarian jalan penyelesaian bagi menyediakan peluang pekerjaan yang formal menjadikan trek ini sebagai yang paling mencabar, terutamanya sekali apabila penghadapan trek ini memerlukan pendekatan yang berbagai-bagai. 

 

POLINE BALA

  • Profesor Madya dan Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Ilmu Sosial, Universiti Malaysia Sarawak

  • Minat beliau ialah dalam bidang Ilmu Asia, Sosial dan Antropologi, Masyarakat dan Teknologi. Minat utama beliau adalah dalam anthropologi masyarakat Borneo, dan juga etnografi politik.

Di seluruh dunia, kaum wanita memainkan peranan penting dalam perlaksanaan pembangunan mampan sebagai penyelesaian dalam memperkasakan ekonomi komuniti-komuniti miskin. Kumpulan Kerja ini berharap untuk membebaskan potensi ini serta memimpin dalam beberapa inisiatif penting di bawah naungan PKPE (NEEC) 2015.

 

TERAS UTAMA #7 : WANITA.

 JOHN LING

  • Kerjaya sebagai Juruukur Bahan (Quantity Surveyor) bertauliah.

  • Pengerusi majlis misi gereja Methodist di Malaysia

  • Pengerusi misi dan penginjilan dan Ahli Jawatankuasa bagi Persekutuan Antarabangsa Gereja Methodist Cina.

Pendidikan memberikan pelajar luar bandar akses kepada peluang pekerjaan dan pengetahuan serta kemahiran yang boleh mengemudi masa depan mereka. Teras ini (Teras Utama 2) ini bercadang untuk meletakkan asas yang kukuh melalui pendidikan prasekolah luar bandar, pembangunan berasaskan kemahiran, nilai tambah dan pengetahuan holistik, penjagaan asrama luar bandar, tuisyen dan penempatan pendidikan.

 

TERAS UTAMA #2  PENDIDIKAN

bottom of page